Kelly Services, Inc. dan anak-anak syarikatnya menghormati privasi anda dan kami maklum bahawa anda ada hak-hak yang tertentu terhadap maklumat peribadi yang kami kutip daripada anda dan kami ada kewajipan yang tertentu terhadap maklumat itu. Kelly Services menyokong semua undang-undang privasi pada peringkat antarabangsa dan tempatan, dan menyediakan prosedur untuk memenuhi syarat undang-undang tersebut.
Pernyataan Privasi ini menyokong prinsip-prinsip privasi kami dan memberitahu anda amalan yang kami ikuti untuk mengutip, menyimpan dan menggunakan maklumat peribadi orang yang menggunakan laman web kami, yang memohon atau menggunakan perkhidmatan mencari pekerjaan atau mencari khidmat luar kami dan yang menjadi wakil pelanggan (termasuklah bakal pelanggan), pemberi khidmat dan pembekal kami.
Kami galakkan anda membaca maklumat ini supaya anda memahami cara kami mengutip, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi anda.
Pernyataan privasi ini juga merangkumi kumpulan syarikat kami. Setiap syarikat di dalam kumpulan ini adalah pengawal data. Nama syarikat dan maklumat tentang syarikat itu boleh didapati melalui pautan ini: Nama Syarikat dan Maklumat tentang Kelly Services, Inc. (semua sekali disebut, “Kelly Services atau “Kelly”). Oleh itu, apabila kami menyebut “Kelly Services”, “Kelly” atau “kami” dalam pernyataan privasi ini, kami merujuk kepada syarikat yang berkenaan dalam kumpulan syarikat kami yang bertanggungjawab memproses maklumat peribadi anda. Kami akan memberitahu anda entiti yang akan mengawal data peribadi anda.
Kelly Services, Inc ialah pengawal yang bertanggungjawab menguruskan soalan-soalan am dan aplikasi-aplikasi yang spekulatif. Syarikat di dalam kumpulan ini yang disenaraikan tadi, yang tidak bertempat di Eropah boleh juga dihubungi melalui wakil masing-masing: Kelly Services (Nederland) B.V., Neptunusstraat 37, 2132 JA Hoofddorp, Netherlands.
Jika kami mengubah apa-apa sahaja yang penting di dalam pernyataan ini (maklumat yang kami kutip, cara kami menggunakannya atau sebab kami menggunakannya), kami akan menyatakan perubahan itu di ruangan Sejarah Perubahan pada penghujung Pernyataan Privasi ini dan menyediakan pautan yang nyata ke perubahan itu selama suatu tempoh yang berpatutan, selepas perubahan itu dibuat dan sebelum perubahan itu dikuatkuasakan.
Jika anda ingin bertanya, hubungi Pegawai Perlindungan Data secara:
E-mel: privacy@kellyservices.com
Surat-menyurat: Kelly Services, Inc. di Amerika Syarikat boleh dihubungi di alamat 999 W. Big Beaver Road Troy, MI 48084.
Kelly Services, Inc., di Eropah boleh dihubungi melalui anak syarikatnya, Kelly Services Management Sàrl di alamat Av. Edouard-Dubois 20, CH-2002Neuchâtel, Switzerland.
Maklumat perhubungan bagi negara-negara tambahan boleh didapati melalui pautan ini: Nama dan Maklumat Syarikat Kelly Services, Inc.
Kelly mengutip, menyimpan dan menggunakan data peribadi untuk menyediakan perkhidmatan mencari pekerja, mencari pekerjaan, mencari khidmat luar dan perundingan. Kami mengutip data peribadi tentang orang yang menggunakan laman web kami, yang memohon pekerjaan atau penglibatan dengan syarikat kami atau penempatan oleh kami melalui perkhidmatan kami mencari pekerja, pekerja kami dan pihak yang menjadi wakil pelanggan kami (termasuklah bakal pelanggan). Kelly tidak akan sengaja menujukan perkhidmatannya mahupun mendapatkan, menjual atau mendedahkan maklumat yang diperoleh daripada kanak-kanak yang belum mencapai usia 16 tahun.
Kebanyakan data ini anda berikan sendiri kepada kami apabila anda menghubungi kami, menyerahkan permohonan, menghadiri acara pencarian pekerja, menelefon kami, bertanya tentang perkhidmatan kami atau mengadakan hubungan dengan kami sebagai pemberi khidmat luar atau pekerja.
Kami juga mengutip data tentang orang yang diambil sebagai pekerja atau yang dilibatkan oleh pelanggan kami sehubungan dengan perkhidmatan mencari khidmat luar dan perundingan yang kami sediakan untuk pelanggan tersebut. Ini biasanya diperoleh melalui interaksi kami dengan pelanggan, pembekal dan pemberi khidmat.
Apabila anda berinteraksi dengan laman web atau aplikasi Kelly, kami mengutip data tentang interaksi anda dengan perkhidmatan tersebut, contohnya melalui cookie yang kami tempatkan pada alat yang anda gunakan itu.
Kami memberikan butir-butir selanjutnya di bawah ini tentang jenis data peribadi yang kami kutip (dan yang telah kami kutip dalam masa 12 bulan yang lepas), simpan dan gunakan, serta sebab kami menggunakan data peribadi anda.
Maklumat Selanjutnya
|
Data peribadi yang kami kutip |
Sebab kami menggunakan data peribadi anda |
Asas Undang-undang untuk Memproses |
1 |
Maklumat yang anda beri kami semasa proses pendaftaran dan sepanjang hubungan kita apabila anda memohon pekerjaan dengan kami atau mengambil khidmat kami untuk menyediakan perkhidmatan mencari pekerja atau memadankan pekerjaan sama ada secara dalam talian, bersemuka atau telefon, termasuklah:
|
Kami menggunakan data peribadi ini untuk:
|
|
2 |
Maklumat yang kami terima daripada pelanggan kami dan daripada pihak-pihak ketiga tentang pekerja mereka dan tentang kakitangan lain, yang kami perlukan untuk tujuan menyampaikan khidmat perundingan tentang keanggotaan kakitangan dan mencari khidmat luar, seperti:
|
Kami menggunakan data peribadi ini untuk:
keperluan litigasi atau siasatan yang boleh berlaku dan/atau yang telah berlaku, yang melibatkan kami atau mana-mana syarikat di dalam kumpulan ini, atau pegawainya. |
Perlu untuk melaksanakan kepentingan kami yang sahih sebagai penyedia perkhidmatan pembekalan pekerja, pencari khidmat luar dan perundingan agar dapat mengenal pasti dan menyediakan peluang untuk calon dan pekerja, menentukan kesesuaian peluang pekerjaan, berhubung dengan seseorang berkenaan dengan peluang pekerjaan yang mungkin ada, mewujudkan dan menyelenggarakan rekod calon dan pekerja, menggalakkan suasana kerja yang merangkum, menguruskan hubungan pencalonan atau pekerjaan seseorang dan mencegah penipuan. |
3
|
Maklumat Peribadi yang Sensitif dan Maklumat Biometrik: Maklumat yang dikutip tentang anda yang tergolong ke dalam “kategori khas data peribadi”, seperti:
|
Kami menggunakan data peribadi ini seperti yang diterangkan di bawah ini:
|
|
4
|
Pengenal pasti: Maklumat yang kami kutip daripada kakitangan yang mewakili organisasi, termasuklah:
|
Kami menggunakan maklumat ini untuk:
menambah baik perkhidmatan kami dan mengatur perkhidmatan baru berdasarkan kesukaan dan kelakuan orang ini. |
|
5
|
Maklumat tentang Aktiviti Rangkaian Elektronik: Maklumat yang kami kutip melalui penggunaan laman web kami, termasuklah:
|
Kami menggunakan maklumat ini untuk:
Anda mungkin tidak perlu menaip sendiri maklumat peribadi anda ini. Sebaliknya, beberapa ciri pada laman web kami mungkin membenarkan anda menggunakan alat-alat pengesahan pihak ketiga seperti Facebook, Twitter, dan Google untuk mengisi ruang-ruang maklumat yang tertentu. Apabila anda melakukan pengesahan melalui salah satu pilihan media sosial ini, anda membenarkan kami menerima maklumat peribadi anda dan maklumat lain yang boleh didapati melalui alat-alat ini. Maklumat ini boleh dimasukkan ke dalam profil anda. Bagi mana-mana alat ini yang anda pilih, kami galakkan anda baca juga dasar privasi pembekal alat itu serta syarat-syaratnya, jika ada. Semua sistem IT kami boleh diaudit dan boleh dipantau, walaupun kami tidak melakukannya secara rutin. Kami komited terhadap usaha menghormati kehendak pengguna terhadap privasi, jika berpatutan, sehubungan dengan penggunaan sistem dan peralatan IT kami. |
|
6
|
Maklumat yang diperoleh apabila anda berhubung dengan kami sama ada secara bersemuka ataupun melalui laman web kami, e-mel, telefon, media sosial atau mana-mana perantara lain, termasuklah:
|
Kami menggunakan maklumat ini untuk:
Kami mungkin akan menggunakan maklumat peribadi untuk membenarkan anda menyertai suapan media sosial secara langsung. Jika anda mahu mengambil bahagian, nama pengguna awam anda mungkin dipaparkan pada tapak yang berkenaan berserta bahan yang anda siarkan, yang merangkumi tetapi tidak terbatas kepada komen, gambar dan video. Kami mungkin memberi anda kebenaran menggunakan fungsi pihak ketiga yang membolehkan anda siarkan bahan melalui akaun media sosial anda. Apa-apa maklumat yang anda berikan melalui penggunaan fungsi ini dikawal oleh dasar privasi pihak ketiga yang berkenaan dan bukan oleh Pernyataan Privasi ini. |
|
7
|
Maklumat penyaringan: Maklumat yang kami kutip daripada rakan pihak ketiga, pelanggan kami dan syarikat-syarikat Kelly yang lain yang merangkumi:
|
Kami menggunakan maklumat ini untuk:
|
|
8
|
Maklumat yang kami kutip secara kebetulan daripada sumber lain atau sumber awam, termasuklah:
|
Kami menggunakan maklumat ini untuk:
|
Perlu untuk melaksanakan kepentingan kami yang sahih sebagai majikan agar dapat menganjurkan objektif perniagaan kami, menaikkan jenama kami dan menjaga keselamatan dan kebajikan pekerja kami. |
9 |
Maklumat yang kami kutip daripada profil media sosial yang boleh diambil oleh orang awam dan laman-laman web yang berkait dengan pekerjaan, termasuk:
|
Kami menggunakan maklumat ini untuk:
|
|
Kami akan menggunakan data peribadi anda jika:
Kami akan menggunakan kategori data peribadi yang khas jika:
Kami hanya akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan kami mengutipnya, kecuali kami dengan munasabahnya mendapati bahawa kami perlu menggunakannya untuk sebab lain, dan sebab itu selaras dengan tujuan yang asal. Jika kami perlu menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan yang tidak berkaitan, kami akan memberitahu anda dan kami akan menerangkan kepada anda asas undang-undang yang membenarkan kami berbuat demikian.
Sebagaimana yang disebutkan tadi, ada kalanya kami mungkin akan menggunakan maklumat peribadi anda jika diperlukan demi keperluan kami (atau keperluan pihak ketiga) yang sah . Ini merangkumi keadaan yang memerlukan maklumat peribadi anda digunakan untuk:
Jika anda mahukan maklumat selanjutnya tentang kepentingan kami yang sah terhadap maklumat peribadi anda, hubungi Pegawai Perlindungan Data.
Kami meminta maklumat daripada anda supaya kami dapat mengambil khidmat anda sebagai pekerja atau melibatkan anda, ataupun supaya kami dapat menempatkan anda atau memadankan anda dengan jawatan kosong. Jika anda tidak memberikan maklumat yang telah kami tentukan sebagai perlu, kami mungkin tidak dapat menolong anda dengan baik untuk memenuhi permintaan anda mendapatkan pekerjaan, ditempatkan atau dipadankan dengan pekerjaan, yang akan dilakukan oleh Kelly Services.
Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda dengan seberapa lama yang perlu sehubungan dengan perjanjian kami dengan anda, untuk menyampaikan khidmat yang diminta kepada anda, untuk tujuan perniagaan yang sahih ataupun untuk tujuan lain yang perlu, misalnya untuk mematuhi undang-undang, peraturan, atau pihak berkuasa undang-undang yang lain, ataupun jika penyimpanannya dibenarkan dengan cara lain untuk tujuan perundangan yang lain, seperti audit, keselamatan, usaha mencegah penipuan, atau memelihara dan mempertahankan hak undang-undang Kelly.
Selain itu, pemohon pekerjaan dan seseorang yang telah tamat tugasnya akan dikekalkan di dalam himpunan pekerja Kelly supaya boleh dihubungi mengenai peluang pekerjaan yang lain. Himpunan pekerja Eropah akan menyimpan data pemohon anda selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun. Pekerja yang berada di luar Eropah akan disimpan sejajar dengan keperluan undang-undang tempatan tetapi dalam semua keadaan, selamat tempoh yang tidak melebihi sepuluh tahun. Jika berkenaan, Kelly akan membuang maklumat anda daripada himpunan pekerja ini atas permintaan yang disahkan.
Maklumat Selanjutnya
Disebabkan pelbagai kewajipan kami untuk menyimpan rekod, maka tempoh penyimpanan mungkin berbeza-beza. Contohnya, kami akan menyimpan sesalinan butir-butir perhubungan anda jika anda membantah atau mengecualikan diri daripada senarai penerima komunikasi pemasaran langsung kami. Kami akan memasukkan butir-butir diri anda ke dalam senarai sekatan kami supaya anda tidak menerima sebarang komunikasi daripada kami pada masa depan. Selain itu, kami tidak akan menghapuskan data peribadi jika data itu berkenaan dengan sesebuah siasatan atau pertikaian. Data itu akan terus disimpan sehingga masalah tersebut diselesaikan sepenuhnya.
Kami akan menggunakan kriteria yang berikut untuk menentukan tempoh penyimpanan:
Dalam apa jua keadaan, kami akan terus melindungi data peribadi anda menurut syarat Pernyataan Privasi ini. Kami juga akan memperbaharui maklumat kami dari semasa ke semasa untuk memastikan maklumat itu sentiasa kemas kini.
Kelly Services mempertanggungjawabkan pekerjanya, ejennya dan pembekalnya untuk memelihara kepercayaan yang anda letakkan pada kami berkenaan dengan maklumat peribadi anda.
Bagi individu, Kelly memberikan data yang perlu untuk melaksanakan perkhidmatan keanggotaan pekerja dan mencari khidmat luar kepada entiti Kelly Services yang lain, pelanggan kami, pembekal kami, atau pemberi khidmat yang mungkin dilibatkan untuk menguruskan proses-proses yang diperlukan untuk menyampaikan perkhidmatan ini.
Penglibatan pelanggan, pembekal, atau pemberi khidmat akan dikawal dengan keperluan kontrak yang sewajarnya, yang melarang penggunaan maklumat anda untuk tujuan selain yang diarahkan khususnya oleh Kelly, dan mewajibkan mereka memastikan adanya mekanisme keselamatan pentadbiran dan teknikal yang secukupnya untuk mencegah maklumat anda digunakan, didedahkan, atau diperoleh dengan tidak betul.
Maklumat Selanjutnya
Untuk menyampaikan kepada anda perkhidmatan mencari pekerjaan dan mencari khidmat luar yang anda minta, atau untuk menyampaikan kepada anda perkhidmatan keanggotaan pekerja, mencari khidmat luar, dan perundingan, kami memberikan data peribadi anda kepada:
Pada setiap masa, Kelly menyerahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga ini hanya untuk tujuan mencari, menempatkan, dan mengambil pekerja baru, dan untuk tujuan mencari khidmat luar.
Kami juga menyerahkan maklumat anda kepada pihak-pihak ketiga lain yang tertentu. Ini kami lakukan sama ada apabila anda mengizinkannya anda ataupun kerana kami memerlukan mereka melihat maklumat anda untuk menyampaikan perkhidmatan kepada anda atau atas salah satu tujuan lain yang dinyatakan di dalam Pernyataan Privasi ini. Antaranya ialah pihak berkuasa percukaian, agensi rujukan kredit, pangkalan data dan agensi pencegah penipuan, dan agensi penyaringan.
Disebabkan rangkuman global operasi Kelly, pemberian maklumat anda kepada entiti Kelly Services yang lain, pemberi khidmatnya, pembekalnya, dan pelanggannya mungkin mengakibatkan data anda dihantar ke negara-negara selain negara kediaman anda, yang mungkin menggunakan undang-undang perlindungan data yang berbeza dengan undang-undang yang digunakan di negara kediaman anda. Penerima berada di pelbagai kawasan berdasarkan perkhidmatannya tetapi mungkin merangkumi Amerika Syarikat, Mexico, Brazil, Kanada, Eropah, Timur Tengah, Afrika, Asia, dan Australia. Walau dari mana datangnya ataupun ke mana tujunya maklumat anda, Kelly tetap akan melindungi maklumat anda sebagaimana yang diterangkan di dalam Pernyataan Privasi ini, dan mematuhi semua undang-undang perlindungan data yang berkenaan. Kelly tetap bertanggungjawab terhadap maklumat yang kami serahkan kepada pihak-pihak ketiga untuk diproses bagi pihak kami.
Data peribadi anda mungkin dipindahkan ke organisasi pihak ketiga yang lain dalam keadaan yang tertentu:
Bagi anda yang berada di Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”), United Kingdom atau Switzerland, apabila berlaku pemindahan kepada pihak ketiga di luar EEA, United Kingdom atau Switzerland, Kelly akan mengambil langkah perlindungan yang secukupnya untuk memastikan keperluan undang-undang yang berkenaan dipatuhi, misalnya penggunaan Kontrak Contoh Kesatuan Eropah (“EU”). Jika anda mahukan maklumat selanjutnya tentang cara kami menggunakan Kontrak Contoh, hubungi Pegawai Perlindungan Data melalui alamat e-mel privacy@kellyservices.com.
Akhir sekali, maklumat anda mungkin diberikan kepada entiti kerajaan yang berkenaan jika Kelly diwajibkan berbuat demikian oleh undang-undang ataupun oleh proses perundangan, ataupun diminta secara sah untuk berbuat demikian oleh penguat kuasa undang-undang atau pegawai kerajaan yang lain, ataupun oleh pihak berkuasa, badan, atau agensi kawal atur yang lain.
Kami menghormati hak anda untuk mendapatkan dan mengawal maklumat anda. Jumlah maklumat peribadi yang perlu anda berikan apabila memohon perkhidmatan kami selaras dengan keperluan Kelly menyampaikan perkhidmatan kami kepada anda. Kelly mematuhi undang-undang dan peraturan perlindungan data yang berkenaan.
Kami memproses data peribadi tentang anda untuk tujuan yang dinyatakan di dalam Pernyataan Privasi ini, termasuklah untuk menyampaikan perkhidmatan mencari, menempatkan dan mengambil pekerja baru, dan juga perkhidmatan mencari khidmat luar, untuk mengendalikan perniagaan kami, untuk menunaikan kewajipan kami mengikut undang-undang dan kontrak, dan untuk memenuhi kepentingan Kelly yang lain. Di kebanyakan negara, jika Kelly telah memeterai kontrak pekerjaan dengan anda, maka pemprosesan maklumat perhubungan, senarai gaji, dan manfaat adalah suatu kewajipan berkontrak atau berkanun, dan kegagalan menyerahkan maklumat untuk membolehkan pemprosesan mungkin menyekat peluang anda diambil sebagai pekerja oleh Kelly.
Anda mungkin ada hak-hak yang tertentu terhadap data peribadi anda. Sama ada hak ini ada pada anda dan cara menggunakan hak tersebut diterangkan dengan lebih terperinci di bawah ini.
Hak Privasi Eropah
Bagi anda yang berada di Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”), United Kingdom atau Switzerland, Kelly mematuhi undang-undang perlindungan data di negara anda dan jika berkenaan, anda mempunyai hak-hak yang berikut:
Bagi anda yang berada di EEA, United Kingdom atau Switzerland, anda berhak membantah pemprosesan maklumat anda oleh Kelly dalam keadaan yang tertentu.
Anda berhak membantah pemprosesan data peribadi anda oleh Kelly jika hal ini didasarkan pada kepentingan Kelly (atau kepentingan pihak ketiga) yang sahih. Anda boleh mempertikaikan kebergantungan kami pada kepentingan yang sah. Walau bagaimanapun, kami mungkin berhak meneruskan pemprosesan data peribadi anda berdasarkan kepentingan kami yang sah atau jika hal ini berkenaan dengan dakwaan perundangan. Anda juga berhak membantah jika kami memproses maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung.
Anda berhak mengemukakan aduan kepada Pihak Berkuasa Perlindungan Data, khususnya di Negara Ahli di Kesatuan Eropah (atau di United Kingdom, jika berkenaan) yang biasanya anda diami, yang menjadi pangkalan kami, atau yang menjadi tempat perlanggaran undang-undang Perlindungan Data itu dikatakan berlaku.
Oleh sebab maklumat anda perlu diproses untuk melaksanakan perkhidmatan mencari, menempatkan, dan mengambil pekerja baru atau perkhidmatan mencari khidmat luar yang kami sampaikan kepada anda, maka permintaan menarik balik izin, membantah pemprosesan, atau memadamkan maklumat anda boleh mengakibatkan Kelly tidak lagi dapat meneruskan perkhidmatannya, misalnya mencari, menempatkan, dan mengambil pekerja baru, atau mencari khidmat luar. Tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa, Kelly mungkin mengehadkan atau menolak permintaan, ataupun mengenakan bayaran yang berpatutan.
Hak Privasi California
Bagi anda yang berada di California, Kelly komited terhadap usaha menghormati hak anda menurut Akta Privasi Pengguna California dan mahu memastikan anda sedar bahawa, jika berkenaan, anda mempunyai hak-hak yang berikut:
Oleh sebab maklumat anda perlu diproses untuk melaksanakan perkhidmatan mencari, menempatkan, dan mengambil pekerja baru atau perkhidmatan mencari khidmat luar yang kami sampaikan kepada anda, maka permintaan memadamkan maklumat anda boleh mengakibatkan Kelly tidak lagi dapat meneruskan perkhidmatannya, misalnya mencari, menempatkan, dan mengambil pekerja baru, atau mencari khidmat luar. Tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa, Kelly mungkin mengehadkan atau menolak permintaan, ataupun mengenakan bayaran yang berpatutan.
Untuk melaksanakan mana-mana hak CCPA ini, gunakan salah satu kaedah yang berikut:
Harap maklum bahawa Kelly mungkin memerlukan maklumat tambahan untuk mendapatkan kepastian mengenai identiti anda sebelum mengesahkan permintaan anda. Jika kami tidak dapat mengesahkan identiti anda, kami mungkin menolak permintaan anda.
Hak Privasi Mexico
Kelly Services México, S.A. de C.V., selepas ini disebut “KELLY”, yang bertempat di Ave.Niños Héroes Number 1555, interior 103, Moderna Neighborhood, Zip Code 44190, Guadalajara, Jalisco, dan mempunyai laman web di kellyservices.com.mx bertanggungjawab terhadap penggunaan data peribadi am, kewangan, patrimoni, atau sensitif yang telah anda berikan ataupun yang mungkin akan anda berikan disebabkan hubungan pekerjaan anda dengan Kelly, atau disebabkan permohonan pekerjaan yang anda serahkan, jika ada, selaras dengan syarat-syarat yang ditentukan oleh Undang-undang Persekutuan Mexico bagi Perlindungan Data Peribadi Tentang Pihak-pihak Persendirian (“LFPDPPP”).
Anda berhak mengehadkan penggunaan atau pendedahan data peribadi anda untuk tujuan yang tidak diperlukan bagi hubungan perundangan kita, supaya anda tidak menerima tawaran pekerjaan atau mesej promosi daripada Kelly yang dihantar ke nombor telefon, nombor telefon mudah alih, dan/atau alamat e-mel anda. Untuk menyatakan keengganan anda menerima jenis mesej ini melalui e-mel, kirimkan permintaan itu ke alamat e-mel yang berikut: ARCO@kellyservices.com. Selain perkara yang disebutkan tadi, harap maklum bahawa pada bila-bila masa, anda boleh menarik balik persetujuan anda membenarkan kami menggunakan data peribadi anda jika anda mengirimkan e-mel ke ARCO@kellyservices.com.
Selaras dengan LFPDPPP, anda berhak mendapatkan data peribadi anda yang ada pada Kelly dan juga mendapatkan butir-butir tentang penggunaannya, membetulkan data yang tidak tepat atau tidak lengkap, membatalkan data yang anda anggap sebagai berlebihan atau tidak perlu bagi tujuan yang menyebabkan data itu dikutip, atau membantah penggunaannya bagi tujuan yang tertentu (hak ARCO).
Untuk membenarkan Kelly memproses permintaan anda, e-mel permintaan itu harus mengandungi maklumat yang berikut: (i) salinan dokumen pengenalan bergambar yang rasmi (IFE, pasport terbaru, sijil profesional, atau kad tentera), (ii) nama penuh, (iii) alamat terbaru yang lengkap, (iv) nombor talian tetap dan/atau mudah alih, dan (v) sebab meminta Kelly mendapatkan (apabila anda mahu Kelly memberitahu anda tentang kewujudan data peribadi anda); membetulkan (apabila anda mahu Kelly membetulkan data peribadi anda yang tidak tepat atau tidak lengkap); membatalkan (apabila anda mahu Kelly membuang sebahagian atau semua data peribadi anda); atau membantah (apabila anda mahu Kelly berhenti menggunakan data peribadi anda).
Jika permintaan anda diluluskan, maka menurut syarat LFPDPPP, data peribadi anda akan dipulangkan secara percuma, dan anda hanya perlu membayar kos kiriman pos, ataupun kos membuat salinan atau menghasilkan format-format lain. Permintaan anda akan dilayan dalam tempoh tidak melebihi 20 (dua puluh) hari kerja.
Jika anda merasakan bahawa hak anda terhadap privasi data telah dicabuli oleh kelakuan pekerja, ataupun oleh tindakan atau jawapan kami, ataupun anda percaya bahawa peruntukan yang ditetapkan oleh LFPDPPP berkenaan penggunaan data peribadi anda telah dilanggar, maka anda boleh mengemukakan aduan atau tuntutan kepada Institut Pencapaian Maklumat dan Perlindungan Data Persekutuan. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, layari www.ifai.org.mx.
Hak Privasi yang Lain
Di bawah undang-undang beberapa bidang kuasa, anda mungkin berhak memohon maklumat tambahan tentang data peribadi yang kami kutip, mendapatkan data peribadi yang kami proses, membetulkan kesilapan atau data yang tertinggal, menghapuskan data peribadi, ataupun membantah atau mengehadkan pemprosesan selanjutnya. Kelly mematuhi undang-undang perlindungan data yang dikenakan, dan akan menghormati permintaan hak individu di bawah undang-undang tersebut.
Oleh sebab maklumat anda perlu diproses untuk melaksanakan perkhidmatan mencari, menempatkan, dan mengambil pekerja baru atau perkhidmatan mencari khidmat luar yang disampaikan kepada anda oleh Kelly, maka permintaan melaksanakan hak-hak tertentu boleh mengakibatkan Kelly tidak lagi dapat meneruskan perkhidmatannya, misalnya mencari, menempatkan, dan mengambil pekerja baru, atau mencari khidmat luar. Tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa, Kelly mungkin juga mengehadkan atau menolak permintaan, ataupun mengenakan bayaran yang berpatutan.
Pemasaran Langsung
Dari semasa ke semasa, kami mungkin akan menggunakan maklumat perhubungan anda untuk menghantar anda maklumat terkini melalui e-mel yang memberitahu anda tentang peluang atau perkhidmatan yang berkenaan dengan interaksi anda dengan kami, contohnya pekerjaan di dalam pangkalan data kami yang sepadan dengan kriteria pilihan anda.
Pada ketika kami memohon maklumat peribadi tentang diri anda, laman kami juga memberi anda peluang memilih jenis komunikasi yang ingin anda terima. Jika interaksi anda dengan Kelly Services menyebabkan anda terdaftar sebagai penerima berbilang perkhidmatan atau sumber, maka anda mungkin perlu mengecualikan diri daripada setiap perkhidmatan itu satu persatu.
Anda boleh mengecualikan diri daripada senarai penerima bahan pemasaran langsung kami pada bila-bila masa. Setiap komunikasi pemasaran akan memberikan arahan tentang cara mengecualikan diri daripada senarai penerima e-mel seperti ini, yang dihantar oleh perkhidmatan atau sumber yang berdaftar itu. Anda juga boleh mengecualikan diri jika anda menghubungi Pegawai Perlindungan Data melalui alamat e-mel privacy@kellyservices.com.
Kami mencatatkan bilangan pengunjung ke ruangan-ruangan laman web kami yang berkenaan dan menjejaki pergerakan antara ruangan ini dengan menggunakan “cookie.”
Cookie ialah fail kecil data yang mengandungi maklumat yang disimpan di dalam komputer anda dan dimuat turun dengan sendiri ke dalam alat anda supaya anda dapat dikenali sebagai seseorang yang pernah mengunjungi laman web kami. Kami menggunakan cookie yang mengenal pasti pelayar atau alat anda. Apabila anda mengunjungi laman web kami, cookie ini mengutip dan menyimpan maklumat tentang cara anda menggunakannya.
Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang cookie, jenis cookie yang kami gunakan, dan cara kami menggunakannya, lihat Dasar Cookie kami.
Kelly Services menjaga maklumat peribadi anda dengan cermat.
Kami sentiasa mengawasi piawaian industri tentang keselamatan maklumat, dan kami mengkaji semula amalan keselamatan fizikal, teknikal, dan organisasi kami untuk menentukan cara terbaik mencegah kehilangan, silap guna, pemindaan, kemasukan tanpa izin, pemusnahan, atau pendedahan maklumat peribadi anda.
Data peribadi yang dihantar kepada kami, sama ada secara bertulis ataupun di dalam e-mel, mungkin tidak terjamin keselamatannya semasa dalam transit dan kami tidak dapat menjamin penghantarannya.
Kata laluan mesti dirahsiakan dan tidak didedahkan kepada pihak ketiga. Kelly tidak akan meminta anda memberitahu kata laluan anda.
Kelly mungkin mengemaskinikan Pernyataan Privasi ini dari semasa ke semasa. Oleh itu, anda diminta kerap membacanya.
Jika kami mengubah Pernyataan Privasi ini, kami akan menyiarkan versi yang telah disemak semula itu di sini dan kami akan menjelaskan perubahannya di ruangan Sejarah Perubahan.
Jika kami mengubah Pernyataan Privasi ini dengan ketara, kami juga mungkin memberitahu anda dengan cara lain sebelum perubahan itu dilaksanakan, misalnya dengan menyiarkan notis yang nyata tentang perubahan tersebut pada laman web kami, menyiarkan notis tentang perubahan tersebut melalui portal dalam talian kami, ataupun kami mungkin akan terus menghubungi anda.
Jika anda mahu melihat versi-versi Pernyataan Privasi ini yang lepas, hubungi Pegawai Perlindungan Data melalui alamat e-mel privacy@kellyservices.com.
Jika anda ingin bertanya ataupun memberikan komen tentang Pernyataan Privasi ini, jika anda ingin melaksanakan mana-mana hak anda menurut undang-undang perlindungan data yang berkenaan, atau jika anda percaya bahawa Kelly tidak mematuhi Pernyataan Privasi ini, sila kirimkan e-mel kepada Pegawai Perlindungan Data kami melalui alamat e-mel . Selain itu, anda juga boleh menghubungi Kelly Services di Amerika Syarikat di alamat:
Kelly Services, Inc.
ATTN: Privacy Officer
999 W. Big Beaver Road
Troy, MI 48084
Atau di EEA, United Kingdom atau Switzerland di alamat:
Kelly Services Management Sàrl
ATTN: Privacy Officer
Av. Edouard-Dubois 20
CH-2002
Neuchâtel
Switzerland
Syarikat di dalam kumpulan ini yang disenaraikan tadi, yang tidak bertempat di Eropah boleh juga dihubungi melalui wakil masing-masing:
Kelly Services (Nederland) B.V.
Neptunusstraat 37
2132 JA Hoofddorp
Netherlands